2012年10月11日星期四

Kemahiran Mikropengajaran

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran menjalankan dengan berkesan . Malahan Kemahiran-kemahiran mikropengajaran yang dimiliki oleh seseorang guru juga merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah .

Salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah “ menutup pelajaran ”. Menutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran . Aktiviti-aktiviti rumusan , pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini . Oleh itu , guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka . Di samping itu , guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan . Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran yang berikutnya .